4.8.17

Fiesta yang menghampakan


Assalamualaikum.

Alhamdulillah , kejap ada kejap takda idea menaip maqnie ni kan? Allah hu , bila dah banyak sangat aktiviti rumahtangga , memang tak menyempat nak pegang keypad handphone atau notebook tu. Lahai pakkal blog peribadi ,kalau blog cari duit, memang keringlah pendapatan maq tiap bulan hehe.

Kalau anda masih ingat , bulan lepas maq ada promote Fiesta makan durian kat Angsana ,Johor  Bahru tu? Masihkah kau ingat? Okey kejap maq tunjuk iklan dia dibawah ini.


Dan sekali lagi soalannya "masihkah kau ingat?"

Untuk pengetahuan anda , rata rata pengunjung tidak berpuas hati dengan fiesta kali ini. Kata mereka :

" durian harganya MAHAL gila sey !"

" nak makan durian ada pulak kena peram dulu ek ! "

" tak tahu nak kata apa ek , sama ada fiesta durian atau fiesta tokey durian tu, ek ?"

"bukan durian tempatan, durian datang dari negara jiran di utara sey"

" tak puashati langsung ,doh , datang jauh jauh , bila macam ni ,hilang selera nak makan king fruit ni "

Allah hu , itu lah antara rungutan pengunjung. Apa ni penganjur ? Kami dah tolong promote dah , walaupun tak dapat buah durian ,tapi kami ikhlas nak tolong. Dengan harapan dapatlah peminat raja buah serata Johor dan serata tanahair  ini merasa kenikmatan buah pujaan mereka di fiesta tersebut. Rupanya hampa belaka.

Katanya lagi sekarang ini , fiesta durian tu sedang berlangsung di Negeri Nine ,pulak. Hehehe orang nogori ,ekau hati hati yo , ekau kalau dapek durian yang mudo kena jago jago ,takut mudo tak berguno , macam kawan kawan den dah terkena kat Angsana tu.  Cewah bila orang jawa cakap nogori, hancur lebur heheheh kena pelangkong jugak  eden ni nanti yo? Hehehe gurau jek..

Nota maq : bila kita jual sesuatu barang , jujurlah. Tak mintak lain. Anda jujur sekali ,orang akan percaya kat anda 10kali ! Insha Allah.

2 comments:

Mia Liana said...

tu la.. harganya tu... dahsyat sangat. lebih baik gi kat kampung-kampung beli borong.. puas makan dengan harga yang boleh diterima...

MaQnie NurSeri said...

Kesian kat pengunjung, mungkin lepasni serik dah diaorg tu. Durian kg mmg 👍