Cara kita berbeza


Assalamualaikum.

Maq baru selesai memasak untuk makan tengahari ini. Ala , masak lauk simple jek ,kari ikan siakap, sayur goreng, telor dadar rangup dan sambal tumis bilis. Nah ! Simple sangatkan? Alhamdulillah , itulah rezeki hari ini.

Mari maq nak kongsi satu pengalaman maq bila sembang pasal masak memasak.

Dulu , masa baru berkahwin ,satu apa pun maq tak pandai masak. Goreng ikan pun lemau ,tak garing. Masak sambal tumis tak berasa. Apatah kari ,asam pedas ,masak lemak ciliapi , semua rasa hambar . Mangsanya pastinya encik suami. Kesian dia mesti tiap kali nak makan tekak dia nangis. Hmm.. Loya...

Bila kita tak pandai ,apa kita buat? Ya ! Belajar. Tanya ibu ,tanya jiran ,tanya emak mertua. Jangan malu! Itu cara maq dulu dulu. Al maklom , dulu mana ada facebook yang macam sekarang ni. Sekarang group memasak dah 7/8 group. Page memasak dah ratusan macam macam versi page ada ,kadang versi tamil pun layan ,haha asalkan dapat ilmu ? Kan? Anda layan kan page masak versi tamil tu ? Makcik makcik  bangla memasak cara tradisi mereka , yes ! Not bad ! Kadang terlioq tengoknya hehe.

Dan dengan itu , para isteri zaman sekarang dah takda alasan kalau cakap " saya tak masak sebab saya tak tahu nak masak macamana. Saya tak pandai masak,sebab saya tak belajar masak macamana "

Jangan menipu ! Kat google tu anda taip apa jek resepi ,nanti terpampang lah macam macam nama masakan. Antara sedap dengan tidak jeklah.

Anak anak maq pandai ke memasak? Nahe ! Hahahaha kutuk anak sendiri ? Ya , maq takkan puji masakan anak maq ,sebab pujian akan buat dia riak ,bila riak dia jadi macam macam hahaha. Lagi pun di masa akan datang dia akan jumpa lagi macam macam karenah manusia. Yang mungkin lagi dasyat dari perangai emak dia ni, so ,maq nak dia rasa yang dia kena berusaha lebih lagi untuk menghasilkan masakan yang sedap !

Pada pendapat  maq , bila kita dah masak , suami dan anak anak cakap sedap dan mereka makan penuh selera , tu pun dah cukup bagus . Orang lain ? Lantaklah diaorang nak komen apa. Kalau cuma reti nak komen jek ,trylah masak sendiri ,haa ,hehehe.

Nota Maq : bila kita berusaha dan tak kenal erti jemu , bukan masak jek sedap , suami pun makin sayang. Kalau tak percaya tanyalah suami maq , nasi goreng paling sedap pada dia kat Malaysia ni,nasi goreng siapa yang masak ? Haaa  .. Trylah tanya kalau berani ,haha

Menu kegemaran maq ,nasi goreng kampung makan dengan epal hijau kadang maq makan dengan kismis atau nenas , fuh Sedap ! 

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi