Firstime berurusan dengan Poslaju


Assalamualaikum.

Zaman serba canggih ni banyak benda rupanya kita kena tahu. Kalau maq , benda yang maq baru belajar ialah macamana nak gunakan perkhidmatan Pos Laju .

Haa mesti lawak kan , benda dah bertahun tahun berkhidmat dinegara kita ini tapi maq baru belajar nak  belajar gunakannya? Sebelum ini semua urusan pos laju anak anak maq yang uruskan. Al maklom emak mereka ni tak reti memandu , tu yang tak lepas nak kemana mana. Dah nasib badan , mungkin dah ditakdirkan hanya dilahirkan sebagai penumpang bukan pemandu huhu ,  maq redha jek.

Ahad lepas maq ada ke Pos Laju di Tesco Parit Raja . Di Pasaraya tu , poslaju nya beroperasi sampai malam. Tapi maq lupa nak tanya malam tu tutupnya pukul berapa. Tapi maq pergi  lepas isyak haritu , mereka masih lagi beroperasi. Waallah hua'lam. Nanti ya bila maq pergi lagi ke situ maq tanya kan , diaorang habis kerja pukul berapa . Janji ?

Signboard Tesco Parit Raja
Poslaju kat bawah sekali tu.
Gambar ihsan dari google.

Nak dijadikan cerita. Maq ni jenis kalut kalau buat sesuatu kerja yang pertama kali , πŸ˜… "pengakuan jujur" !

Bila penerima tu anak maq yang berada di Kuantan , dia tak boleh terima apa apa barangan dari pos laju. Itu undang undang kolej tempat dia belajar tu.Benda ni dah buat maq celaru hehe. Penghantaran hanya boleh sampai diposlaju dan penerima kena ambil di poslaju sahaja . Namun maq dah buat silap ! Kesilapan  kesilapan yang maq dah buat :

1- maq tak tulis " self pickup "

2- maq tak tulis tarikh barang tu akan diambil.

3- nombor telefon anak pun maq salah tulis!

Ah sudah ...😰.

Maq tanya kat anak sulong . Nak buat macamana? Ini jawapan dari dia :


Bila maq beritahu penerima ( anak ke dua maq ) ini pula jawapannya :



Hmmm , inilah hasil pertama kali berurusan. Kata orang belajar dari kesilapan. Kalau takda silap kita takkan ada pengalaman tentang sesuatu yang kita baru belajar tu. 

Apa pun sebagai penghantar dan sebagai seorang emak , maq hanya mampu berdoa semoga barang yang maq pos kan hari Ahad haritu ,penerimanya dapat dengan selamat esok. Dan semoga peperiksaan praktikal beliau esok jugak berjalan dengan lancar dan dapat menghasilkan kejayaan kepada beliau. Aamiin ya Robbal A'lamiin .


Nota maq :bila sesuatu dah belaku , maq hanya mampu kata "semoga ada hikmah disebalik semua ini" , Itu jek ,πŸ˜”.

Apa yang jadi seterusnya dengan penghantaran tu ? Nanti maq beritahu pada entri yang berikutnya ya ,insha Allah..

"ya Allah ,permudahkanlah semua urusan kami"

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi